Mengenai Kami

RINGKASAN EKSEKUTIF

Syifa Gold Trading memulakan penubuhannya dengan menjalankan perniagaan runcit secara kecil-kecilan dengan menjual pelbagai produk makanan kesihatan seperti kapsul Habbatus Sauda, kapsul Minyak Zaitun dan madu.

Syarikat telah merancang ingin membina satu pasaran yang kukuh bagi produk-produk makanan kesihatan bagi memenuhi permintaan yang positif daripada penguna-penguna di Malaysia. Dengan menawarkan produk dibawah jenama “Syifaie” akan meletakkan satu harapan dan matlamat yang tinggi buat syarikat untuk terus berdaya saing dengan rakan-rakan industri yang lain.

Perancangan perniagaan ini bertujuan untuk membuat perubahan pada pasaran yang sedia ada yang mana menumpukan kepada produk-produk kesihatan.

 

MISI

Syifaie bertujuan untuk menawarkan produk-produk kesihatan yang berkualiti tinggi dan semulajadi pada satu harga yang kompetitif untuk memenuhi permintaan pasaran.

 

VISI

Meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan dengan sumber alam semulajadi.

 

OBJEKTIF       

·         Mengeluarkan dan mengedarkan produk-produk kesihatan yang bersumberkan alam semulajadi

·         Membantu masyarakat untuk lebih mendekati produk kesihatan alternatif

·         Meningkatkan pemahaman masyarakat tentang pentingnya mengamalkan pemakanan kesihatan

·         Melatih diri masyarakat untuk menjaga kesihatan dengan cara yang lebih baik

 

SYARIKAT

Syifa Gold Trading telah didaftarkan pada 9 Mei 2013 dan merupakan perniagaan milikan tunggal bumiputra. Syarikat ini adalah dimiliki oleh En Wan Muhammad b Abd Halim dan dibantu oleh dua rakan kongsinya.

En Wan Muhammad mempunyai pengalaman luas dalam jualan produk-produk kesihatan, pemasaran dan pengurusan.

Syarikat bercadang untuk membuka pejabat urusan di Lembah Kelang bagi memudahkan urusan operasi-operasi perniagaan seperti tempat penyimpanan inventori dan penjualan barang-barang kepada pengguna dari hari ke sehari.